Thursday, 14 August 2014

Keberkesanan Kempimpinan JKKK Kampung Hilir

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Hilir yang diterajui oleh Encik Shuib bin Haji Ashaari mengutamakan konsep musyawarah dalam menggerakkan seluruh warga Kampung Hilir. Satu pasukan yang penting dalam merancang dan juga melaksanakan pelbagai program di Kampung Hilir ialah AJK JKKK yang terdiri daripada 15 orang ahli. Pasukan ini merupakan tunjang dalam segala perancangan dan juga pembangunan di Kampung Hilir dengan dibantu oleh seluruh penduduk di kampung. Pasukan ini bermesyuarat sekali dalam sebulan untuk membincangkan pelbagai aktiviti yang dirancang dan memaklumkan aktiviti setiap biro.

Haji Saad bin Ishak
Pengasas Kepimpinan Kampung Hilir

Nama beliau ialah Haji Saad bin Ishak. Beliau bersama-sama Armahum Tunku Abdul Rahman memperjuangkan  kemerdekaan pada ketika itu. Beliau dikenali sebagai “Haji Saad hantu raya”. Seterusnya, kepimpinan Kampung Hilir di ambil alih oleh Tuan Haji Ashaari bin Sudin. Kepimpinan  JKKK Kampung Hilir di ambil alih oleh Haji Hashim bin Abdul, Haji Mahmud bin Hamid, Tuan Haji Ismail b. Md Isa. Kini, JKKK Kampung Hilir diterajui oleh Encik Shuib bin Haji Ashaari.