Monday, 18 August 2014

PROGRAM ALAM SEKITAR DAN PERANCANGAN MASA DEPAN

Pihak JKKK Kampung Hilir telah menitikberatkan program pemuliharaan alam sekitar. Kawasan kampung kelihatan bersih dan cantik  kerana gotong-royong akan diadakan dua kali dalam sebulan. Sampah- sampah tidak dibakar, sebaliknya dibuang dalam lubang yang digali. Botol dan tin diasingkan.


Gotong Royong


Perancangan Masa Depan

Amalan 3R dirumah (Reduce, Reuse, Recyle –Pengurangan, Guna Semula,Kitar Semula)
Penduduk Kampung Hilir akan didedahkan dengan amalan 3R di setiap rumah.

Pengurangan (Reduce)
  • Beli barangan yang diperlukan dan barang yang boleh dikitar semula.
  • Beli barang yang kurang bungkusan.
  • Jual atau dermakan barangan yang kurang bungkusan.


Guna Semula (Reuse)
  • Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli belah dan menyimpan barangan di rumah.
  • Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  • Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan bagi mengelakkan pembakaran terbuka.
  • Tayar lama boleh dijadikan pasu pokok bunga.


Kitar Semula(Recycle)
Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses yang penting dalam kitar semula.  Oleh itu, setiap rumah akan dibekalkan tong kitar semula.

Kitar Semula di Rumah
Antara baranganan yang boleh dikitar semula ialah kertas, aluminium, plastik, pakaian dan barangan elektrik (e-waste) seperti komputer lama, radio dan sebagainya.
  • Asingkan bahan yang boleh dikisar semula mengikut jenis.
  • Beli produk - produk yang menggunakan bahan kitar semula.