Kerajaan Kedah Tua
yang berpusat di Lembah Bujang, di sekitar Sungai Merbok merupakan sebuah pusat
perdagangan yang penting sehingga kurun ke 18. Kawasan ini telah menjadi pelabuhan
persinggahan bagi pedagang-pedagang dari
India, Arab dan China kerana kedudukannya terletak di tengah-tengah laluan
perdagangan India dan China malah turut didatangi pedagang-pedagang dari Timur
Tengah. Pedagang-pedagang yang belayar melalui Lautan Hindi dan Selat
Melaka menjadikan puncak Gunung Jerai
sebagai tanda sebelum berlabuh di muara
sungai Merbok. Pedagang-pedagang tersebut menjadikan Pengkalan Kakap sebagai
tempat persinggahan untuk memunggah barang-barang dagangan sebelum di bawa ke
Bukit Acheh dan Kampung Hulu melalui sebuah perkampungan di hilir Pengkalan
Kakap. Pedagang-pedagang menggunakan kereta kerbau yang dikenali sebagai ‘Anoq’
untuk mengangkut barang dari Pengkalan
Kakap melaui hilir sebelum ke hulu yang mana sekarang dikenali sebagai Pekan
Merbok.Perkampungan di hilir pula sekarang dikenali sebagai Kampung Hilir.