Sunday, 17 August 2014

BIRO PATRIOTISME DAN KEMERDEKAAN

Pengerusi  :      Tuan Hj Ismail b. Md Isa
AJK            :      Azhar b. Ahmad
                          Somad b. Omar
                          Fauzi b. Harun
                          Roslinawati bt. Mehat

Pada setiap bulan Ogos, satu jawatankuasa gerak kerja bulan kemerdekaan akan diwujudkan bagi memastikan pelbagai aktiviti dapat dilancarkan. Ini adalah untuk mendidik golongan muda menyemai semangat kecintaan dan patriotik terhadap negara. Pelbagai pertandingan dan aktiviti akan diwujudkan bagi memastikan bulan kemerdekaan disambut dengan meriah.


Aktiviti :
  1. Menyampaikan dan memberitahu serta melancarkan kempen semangat cinta akan negara kepada semua  penduduk pada setiap program.
  2. Kempen mengibar jalur gemilang.
  3. Mengadakan pertandingan rumah tercantik sempena bulan kemerdekaan.
  4. Membuat banner dan menghias pintu gerbang pada setiap kali bulan kemerdekaan.
  5. Program bacaan Yasin Kemerdekaan, solat hajat kemerdekaan, tahlil dan doa kemerdekaan pada setiap kali bulan kemerdekaan.
  6. Pelbagai pertandingan diadakan pada setiap bulan dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kampung Hilir seperti sajak, nyanyian, persembahan tradisional, sukaneka, sukan tradisional,  melukis dan mewarna kanak-kanak bertemakan semangat kecintaan kepada negara.
  7. Perarakan berjalan kaki dan berbasikal remaja sempena kemerdekaan  pada setiap tahun.
  8. Majlis jamuan Merdeka Raya.
  9. Meraikan detik jam 12.00 malam pada setiap 30 Ogos.
  10. Menyertai pertandingan Keceriaan Kampung sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

Perarakan Kemerdekaan


Kempen Kibar Jalur Gemilang


Sambutan Merdeka Raya


Sambutan Detik 12.00 Malam (Malam Kemerdekaan)