Sunday, 17 August 2014

BIRO KEROHANIAN DAN KEMASYARAKATAN

Pengerusi        :  Hjh Siti Mariam bt. Ismail
AJK                  :  Azmi b. Ismail
                            Saadiah bt. Kadir
                            Salmiah bt. Ismail                         Azi
                            Rokiah bt. Ahmad

Kumpulan Marhaban
Kunpulan Nasyid / Berdah
Aktiviti       :
  1. Gotong royong diadakan pada setiap hari jumaat minggu pertama dan ketiga pada setiap bulan.
  2. Kelas memasak pada setiap Ahad petang.
  3. Kelas fardu ain dan tajwiq pada setiap minggu.
  4. Mempunyai kumpulan marhaban, nasyid dan burdah.
  5. Mengadakan majlis bacaan Yasin dan dan Tahlil pada setiap malam Jumaat.
  6. Mengadakan Forum/Ceramah Perdana pada setiap tahun.
  7. Mengadakan program tadarus dewasa dan kanak-kanak pada setiap bulan Ramadhan.
  8. Mengadakan Majlis Korban dan Akikah pada setiap Hari Raya Aidiladha.
  9. Mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul dan Maal Hijrah pada setiap tahun.
  10. Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ramadhan pada ibu tunggal dan anak yatim pada setiap tahun.
  11. Mengadakan lawatan menghantar Jemaah haji ke Kompleks Haji Pulau Pinang dan Kelana Jaya.
  12. Program anak angkat dengan kerjasama agansi kerajaan dan swasta pada setiap tahun.

Program Anak Angkat

KEPEKAAN MASYARAKAT MENGENAI KEPENTINGAN UMUM
Telah menjadi kewajipan semua penduduk Kampung Hilir untuk melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seringkali melibatkan agensi-agensi luar dan masyarakat setempat. Justeru, ikatan kemasyarakatan dalam kalangan penduduk Kampung Hilir dengan masyarakat luar dapat ditingkatkan.



Sumbangan Ramadhan

KAWALAN KESELAMATAN DAN KEHARMONIAN
Bagi menjaga keselamatan dan keharmonian kampung, pihak JKKK Kampung Hilir telah mengambil langkah berikut:
  1. Menubuhkan Biro Keselamatan dan Rukun Tetangga kampung.
  2. Membina pondok kawalan.                             
  3. Menubuhkan Platun Rela dan Relawati.

Solat Sunat Aidilfitri

Majlis Korban dan Akikah

Perarakan Maulidur Rasul