Monday, 18 August 2014

BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT ( IT) DAN KOMUNIKASI

Pengerusi :           Roszaini bt. Hamzah
Ajk             :           Fauzi b. Harun
                              Mariah bt. Abdul Razak
                              Liza bt. Abdul Rani
Aktiviti :
Mengadakan kursus komputer ( Celik IT) kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Menghebahkan aktiviti  kampung melalui laman web, facebook dan sebagainya.
Mendidik penduduk Kampung Hilir menjadikan alam maya sebagai medan mempromosikan bidang perniagaan.

PENGUASAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Kebolehan Menggunakan Komputer
Dengan adanya kebolehan menggunakan komputer di Perpustakaan Desa dan Pusat Komuniti Pintar PNB Kampung Hilir, penduduk semakin mahir menggunakan komputer. Berdasarkan pemerhatian, pelajar-pelajar sekolah dan golongan belia yang paling mahir menggunakan komputer. Kelas-kelas komputer turut dijalankan secara percuma.  Antara kemahiran ict yang diajar ialah kursus MS Office, kursus aplikasi email dan internet. Ini adalah bagi memudahkan penduduk Kampung Hilir berhubung dengan dunia luar.

LAMAN WEB
Perpustakaan Desa Kampung Hilir
http://telecentre.my/LWK/TemplateIndex.aspx?SiteID=45r

Pusat Komuniti Pintar PNB Kampung Hilir
http://www.pnb.com.my/pkp/kedah.htm

Email Kampung Hilir
kampunghilirmerbok@gmail.com

Facebook Kampung Hilir
Kampung Hilir

PEWUJUDAN PUSAT-PUSAT/KELAS KOMPUTER
Pusat Komuniti Pintar PNB
  • Dirasmikan pada 18 Februari 2008.
  • Dibuka 6 hari seminggu.
  • Kelas komputer harian untuk masyarakat setempat secara percuma :
    • MS Office.
    • MS Excel.
    • Email.
    • Aplikasi internet.
  • Menyediakan perkhidmatan internet secara percuma.
  • Memberi perkhidmatan percuma kepada penduduk untuk mempromosikan perniagaan online.